FASAL 4. OBJEKTIF DAN FUNGSI
4.1 Objektif Kelab antaranya seperti berikut:
(a) Untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan sukan Tarik Tali dikalangan ahli-ahli di
peringkat Institut Pengajian Tinggi (Awam / Swasta) /
komuniti / daerah / negeri;
(b) Untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan
Tarik Tali di peringkat Institut Pengajian Tinggi (Awam /
Swasta) / komuniti / daerah / negeri;
(c) Untuk memilih atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana
pertandingan sukan Tarik Tali; dan
(d) Untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat
Institut Pengajian Tinggi (Awam / Swasta) / komuniti / daerah
/ negeri
(e) Menjaga kebajikan ahli-ahli kelab yang berdaftar agar
sentiasa aktif dan diberi pendedahan teknikal dan
kejurulatihan dalam sukan Tarik Tali
4.2 Fungsi Kelab antaranya seperti berikut:
(a) Bertindak sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan
mengurus sukan Tarik Tali di peringkat kelab dan komuniti di
Malaysia;
(b) Mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan
peraturan dan undang-undang sukan Tarik Tali dikalangan
ahli-ahli;
(c) Mengendali kursus / latihan bagi teknikal, pengadilan, dan
kejurulatihan secara profesional dikalangan ahli-ahli;
(d) Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan
rumah pertandingan bagi sukan Tarik Tali di peringkat kelab
dan komuniti di Malaysia. Bagi penganjuran di peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa kelab
hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola /
perwakilan;
(e) Menyelesaikan isu-isu dan konflik dalaman yang melibatkan
ahli;
(f) Mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelolanya /
perwakilan dan persatuan-persatuan sukan atau agensi yang
lain;
(g) Memastikan prosedur pemilihan bagi mewakili kelab ke
pertandingan-pertandingan yang disertai adalah terbuka dan
adil;
(h) Memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah
berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di
bawahnya;
(i) Memastikan perlembagaan dan peraturan kelab dipatuhi dan
diikuti oleh semua ahli;
(j) Memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit
bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan;
(k) Memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan
bagi menambah kewangan Kelab tidak bercanggah dengan
undang-undang negara; dan
(l) Memastikan semua keuntungan yang diperolehi oleh Kelab
melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan
semata-mata untuk meningkatkan, memajukan dan
menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini. Sungguhpun
begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau
perbelanjaan kepada ahli atau pekerja Kelab ini. Kelab juga
boleh menubuhkan syarikat perniagaan dan boleh memiliki
harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah
dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Kelab.
No comments:
Post a Comment